Sunday, February 28, 2010

Dendam semalam

Semalam menjadi kenangan
Semalam menyimpan dendam
Semalam adalah punca kehancuran…

Semalam yang hilang
kau abadikan sebagai nostalgia hitam….

Kau cuba berdiri
kau mahu berlari
kau ingin terbang tinggi
tapi kisah semalam menjadi penghalang…

kau pasrah dengan hari semalam
kau kesal, kau belajar, kau harungi
demi menebus dosa semalam…

sedarlah wahai teman,
semalamlah yang memberi kau pengajaran
semalamlah yang memberi kau keinsafan

bangunlah dari duka semalam
belajarlah dari kegagalan semalam
jadikan semalam sebagai sempadan
kerna tanpa semalam takkan tercipanya hari depan…

No comments:

Post a Comment